77 pelajar dipaksa makan najis manusia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Seramai 77 pelajar sekolah tinggi Bunda Segala Bangsa (BSB) di Maumere, wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia didakwa dipaksa oleh senior untuk makan najis manusia minggu lalu.

Salah seorang mangsa memberitahu, ketika mereka kembali ke asrama sekolah untuk berehat selepas makan tengah hari, seorang senior mendakwa dia telah menemui najis di dalam almari yang biasanya kosong.

Menurut laporan Jakarta Post, pelajar senior terbabit kemudiannya memanggil semua pelajar junior untuk bertanyakan siapa yang meletakkan najis tersebut.

"Disebabkan tiada yang mengaku, pelajar senior mencedok najis tersebut dengan sudu dan memaksa semua 77 pelajar junior makan. Kami terpaksa makan kerana takut untuk melawan. Ia sangat menjijikkan," katanya.

Selepas kejadian itu, pelajar senior turut memberi amaran supaya hal tersebut tidak dilaporkan kepada ibu bapa.

Salah seorang ibu mangsa, Mariua Flora menggambarkan insiden itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan menggesa pelajar senior yang terlibat dalam kes dera tersebut dihukum.

SBS bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun kompas.com melaporkan sekolah berkenaan akan mengadakan pertemuan dengan ibu bapa pelajar untuk membincangkan perkara tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: