Himpunan di Dataran Merdeka suram

Antara individu yang hadir pada himpunan di Dataran Merdeka malam ini.
Antara individu yang hadir pada himpunan di Dataran Merdeka malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suasana himpunan di Dataran Merdeka di sini malam ini dilihat suram apabila hanya kira-kira 80 individu hadir menyertai perhimpunan tersebut.

Tinjauan Sinar Harian mendapati sekumpulan individu dilihat mula berkumpul di lokasi kira-kira jam 8 malam tadi.

Ada beberapa individu dipercayai mewakili badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan mahasiswa turut membuat ucapan dalam perhimpunan itu.

Polis dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut berada di lokasi bagi memantau keadaan perhimpunan berkenaan.

Kira-kira 80 individu hadir menyertai perhimpunan tersebut.
Kira-kira 80 individu hadir menyertai perhimpunan tersebut.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan polis melakukan pemantauan di Dataran Merdeka ekoran penganjuran perhimpunan terbabit, malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah memaklumkan, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan selepas melihat poster yang tersebar.

Katanya, pihaknya tidak ada menerima sebarang pemakluman berhubung demonstrasi berkenaan daripada penganjur.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, satu poster mengenai 'Demonstrasi mati, Ayuh turun ke Jalan' itu memaparkan slogan 'Rakyat mandiri! Nasib kita bukan dalam tangan para politikus' tular di media sosial hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis pantau Dataran Merdeka malam ini