X

Kindly register in order to view this article
!

Pengunjung serbu khemah 'preloved' GM Klang

Urusetia membantu pengunjung mendapatkan barangan preloved yang disediakan sempena Karnival Jalinan Kasih ECO Free Market di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai.
A
A

KUALA LUMPUR - Khemah GM Klang yang menempatkan barangan terpakai sempena Karnival Jalinan Kasih ECO Free Market di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Lembah Pantai diserbu orang ramai kurang sejam dibuka di tapak berkenaan Ahad lalu.

Antara barangan yang menjadi tarikan pengunjung termasuk pakaian, alat permainan, kasut serta buku yang dikumpulkan sejak sebulan lalu di bawah Kelab Sukan Kumpulan TSI gedung pemborong itu.

Seawal jam 8 pagi, puluhan pengunjung mula beratur bagi mendapatkan kupon untuk menukar tiga barang terpakai di khemah disediakan.

Menurut Presiden Kelab Sukan Kumpulan Tan Sri Ibrahim (TSI), Muhammad Nazmi Basal, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu mendapat sokongan orang ramai termasuk kakitangan pengurusan dan pemborong GM Klang yang menghulurkan sumbangan.

Peserta dari Kelab Sukan Kumpulan TSI GM Klang bergambar kenangan selepas program di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai.
Peserta dari Kelab Sukan Kumpulan TSI GM Klang bergambar kenangan selepas program di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai.

“Usaha ini membolehkan golongan asnaf serta penduduk sekitar memilih barangan yang diperlukan.

“Selain itu, GM Klang turut menyumbang barangan makanan termasuk beras, gula dan minyak untuk diagihkan kepada 100 penerima terpilih,” katanya ketika ditemui pada program yang berlangsung selama empat jam bermula jam 9 pagi itu.

Turut hadir dua Pengarah GM Klang, Foo Loke Ping dan Ahmad Zul-Qarnain Ibrahim.

Katanya, program julung kali diadakan itu bukan hanya bertujuan membantu golongan memerlukan sebaliknya memupuk nilai murni dan cakna dalam kalangan kakitangan.

“Kita harap bantuan kecil ini dapat meringankan beban penerima di samping membuktikan keprihatinan GM Klang dan Kelab Sukan Kumpulan TSI dalam membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti mewarna, permainan musical chair dan teka silang kata bagi mengeratkan hubungan antara penganjur dengan peserta.