TH umum tiga lantikan baharu

Gambar dari kiri: Merina, Mohamad Damshal, Muhammad Fawwaz Aminuddin
Gambar dari kiri: Merina, Mohamad Damshal, Muhammad Fawwaz Aminuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan tiga lantikan baharu bagi mengukuhkan lagi pentadbiran kewangan dan pelaburannya.

TH dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya melantik Datuk Merina Abu Tahir sebagai Ketua Pegawai Kewangan berkuat kuasa pada 5 Februari lalu.

Merina pernah dilantik sebagai ahli Majlis Institut Akauntan Malaysia (MIA) pada Disember 2016 hingga November 2019 selain merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Persatuan Akauntan-Akauntan Bertauliah (ACCA) Malaysia.

Menurut kenyataan itu, TH turut melantik bekas Ketua Pelaburan Ekuiti dan Pendapatan Tetap di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Malaysia, Mohamad Damshal Awang Damit sebagai Ketua Pegawai Pelaburan, berkuat kuasa 20 Januari lalu.

Bagi meningkatkan potensi pelaburan aset strategik, TH turut melantik Muhammad Fawwaz Aminuddin sebagai Pengurus Besar Pelaburan Strategik berkuat kuasa 11 Februari 2020.

Beliau memegang CFA dari CFA Institute dan Akauntan Bertauliah (ACA) dari Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

Sebelum menyertai TH, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar di UMW Group dan sebagai pengurusan tertinggi beberapa syarikat di Timur Tengah.

Artikel Berkaitan: