Dr Mahathir jumpa ketua parti politik

Dr Mahathir keluar dari Pejabat Perdana Menteri.
Dr Mahathir keluar dari Pejabat Perdana Menteri.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa hampir sembilan jam menerima kunjungan 10 pemimpin parti politik di pejabatnya, Putra Perdana.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, antara pemimpin politik yang hadir adalah Datuk Dr Abang Johari Tun Abang Openg (GPS), Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kesemua mereka tiba di pejabat Perdana Menteri sejak jam 10 pagi.

Kenyataan media Perdana Menteri
Kenyataan media Perdana Menteri

Pejabat Perdana Menteri turut menyatakan, Dr Mahathir akan bertemu dengan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal pada esok pagi.

Difahamkan pertemuan itu bagi membincangkan pembentukan kabinet baharu selepas kabinet yang dianggotai oleh Pakatan Harapan 'musnah' setelah Dr Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri semalam.

Sumber menyatakan sidang media akan dilakukan sekiranya Dr Mahathir selesai bertemu dengan pemimpin politik negara.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, kenderaan yang membawa Dr Mahathir keluar daripada bangunan Putra Perdana jam 5.44 petang.

Beliau yang menaiki Proton Perdana nombor pendaftaran Malaysia 2020 sempat melambai tangannya kepada pemberita yang berkampung di pintu masuk utama bangunan itu sejak semalam.

Dr Mahathir hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri Interim. - Foto Twitter chedetofficial
Dr Mahathir hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri Interim. - Foto Twitter chedetofficial

Hari ini dalam satu hantaran ringkas di akaun Twitter Dr Mahathir Mohamad diiringi catatan beliau sedang bekerja seperti hari-hari biasa sebelum ini.

"Satu lagi hari biasa di pejabat," demikian catatan di akaun media sosial beliau pada jam 12.44 tengah hari yang diikuti oleh 1.1 juta pengikut.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen BN, Pas tiba di PWTC

Pemimpin tertinggi politik keluar, masuk bangunan Putra Perdana

Politik Malaysia, percaturan seterusnya dinanti

Semua MP akan ditemuduga secara 'personal' oleh Agong