Tiada kenderaan keluar masuk di kediaman rasmi MB

Suasana di hadapan pintu masuk kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini.
Suasana di hadapan pintu masuk kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Suasana sunyi dilihat di pekarangan pintu masuk kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Seksyen 7 di sini hari ini.

Tinjauan dijalankan Sinar Harian mendapati tiada kenderaan keluar masuk ke kediaman berkenaan.

Difahamkan, Amirudin bersama tiga pimpinan Pakatan Harapan (PH) Selangor menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.

Melalui laporan Sinar Harian hari ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar pentadbiran kerajaan Selangor berfungsi dan berjalan seperti biasa.

Amirudin dalam kenyataan itu turut memberitahu, Sultan Sharafuddin berpuas hati dengan penjelasan bahawa kerajaan sedia ada ingin meneruskan komitmen bagi merealisasikan mandat rakyat Selangor pada Pilihan Raya Umum 2018.

Selangor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dan pada ketika ini, komposisinya adalah 21 kerusi dikuasai Parti Keadilan Rakyat, DAP (16), Parti Amanah Negara (lapan), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (lima), Barisan Nasional (lima) dan Pas (satu).

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen BN, Pas tiba di PWTC

Pemimpin tertinggi politik keluar, masuk bangunan Putra Perdana

Artikel Berkaitan:

Politik Malaysia, percaturan seterusnya dinanti

Semua MP akan ditemuduga secara 'personal' oleh Agong