'Pas mungkin dalam kerajaan baharu tapi tolak kerjasama DAP'

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Pas membayangkan parti itu mempunyai peluang terlibat dalam pembentukan kerajaan baharu di peringkat Persekutuan susulan situasi politik semasa.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas tidak menolak kemungkinan menjadi kerajaan di peringkat Pusat, bagaimanapun parti itu mengambil sikap tunggu dan lihat.

Menurutnya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam dunia politik hari ini termasuk juga dengan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan.

“Tidak tahu lah lagi, cuma dengan kemungkinan yang ada ini kita akan berada dalam kerajaan. Kita ada 18 kerusi Parlimen.

“Ahli Parlimen Pas sekarang ini berada di sana bersedia dengan apa sahaja kemungkinan,” katanya ketika ditemui media di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, sebagaimana UMNO, Pas juga tidak akan sertai kerajaan baharu bakal dibentuk nanti sekiranya DAP turut bersama.

“Itu pendirian Pas dan UMNO, memang kita tidak akan sertai kerajaan yang ada DAP. Kalau Amanah kita tidak tahulah benda ini kita tidak bincang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beberapa ahli Pas tiba di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk satu perjumpaan khas sebelum ke Istana Negara jam 2 petang tadi.
Beberapa ahli Pas tiba di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk satu perjumpaan khas sebelum ke Istana Negara jam 2 petang tadi.

Semalam Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan parti itu lebih rela kekal sebagai pembangkang sekiranya DAP turut bersama dengan kerajaan baharu yang akan dibentuk nanti.

Sementara itu, Mohd Amar memberitahu, Pas konsisten memberi sokongan terhadap Dr Mahathir untuk meneruskan kepimpinan sehingga tamat penggal.

“Pendirian ini tidak pernah berubah meskipun Tun Mahathir keluar dari Pakatan Harapan. Beliau dipilih berdasarkan majoriti dan pendirian kita tetap sama,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Amar berharap Dr Mahathir yang dilantik sebagai Perdana Menteri Interim tidak mengambil masa lama untuk menyelesaikan masalah itu.

“Kalau keadaan ini berlarutan ia akan menjejaskan negara, politik, ekonomi dan semalam pun sudah berapa bilion ringgit keluar, sudah hilang dari pasaran saham. Sebab itu kita harap ia dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen BN, Pas tiba di PWTC

Pemimpin tertinggi politik keluar, masuk bangunan Putra Perdana

Politik Malaysia, percaturan seterusnya dinanti

Semua MP akan ditemuduga secara 'personal' oleh Agong

UMNO tolak bersama kerajaan baharu jika ada DAP

Berhubung pentadbiran di Kelantan pula, Mohd Amar memaklumkan ia berjalan seperti biasa.

“Setakat ini kerajaan negeri tidak terjejas, cuma kita harap bila naik kerajaan baharu ini ia akan jadi lebih baik, itu harapan kita,” katanya.