Terengganu cemerlang STPM 2019

Seramai 10 pelajar dari SMK Sultan Sulaiman disini mendapat keputusan cemerlang dalam STPM 2019 yang diumumkan hari ini.
Seramai 10 pelajar dari SMK Sultan Sulaiman disini mendapat keputusan cemerlang dalam STPM 2019 yang diumumkan hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Terengganu mencipta rekod baharu dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2019 dengan kesemua 2,275 calon lulus penuh dalam peperiksaan yang diduduki tahun lalu.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan hari ini di negeri ini mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.02 mengatasi PNGK nasional (2.77) serta meningkat berbanding 2.99 pada 2018.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Azman Othman berkata, seramai 72 daripada 2,275 calon berdaftar memperoleh semua A dengan PNGK 4.00 pada tahun ini berbanding 47 calon daripada 2,327 yang mendaftar pada 2018.

"Keputusan STPM 2019 menunjukkan peningkatan terbaik bagi negeri ini yang mana mencipta rekod baharu dalam peperiksaan itu.

"Kita juga mencatatkan pencapaian PNGK sekolah luar bandar lebih tinggi iaitu 3.06 berbanding di bandar (3.01) daripada keseluruhan 18 daripada 24 mata pelajaran yang diambil.

"Ia juga menyaksikan seramai 1,283 calon mendapat PNGK 3.00 ke atas berbanding 1,268 calon pada 2018," katanya ketika pengumuman keputusan STPM 2019 Terengganu di SMK Sultan Sulaiman di sini hari ini

Dalam perkembangan sama katanya, Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMAAZA) mencatat PNGK 3.41 diikuti Sekolah Menengah Agama Maarif (SMAM), 3.39 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Mas, 3.29.

Katanya, sebanyak 10 sekolah mencapai keputusan semua A (A dan A-) tertinggi iaitu SMK Bukit Payong, SMK Durian Mas, SMA Maarif, SMK Bukit Tunggal, SMK Sultan Ismail, SMK Menerong, SMK Tun Telanai, SMK Putra, SMK Badrul Alam Shah dan SMK Durian Guling.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 24 sekolah mencapai min PNGK 3.00 ke atas manakala sebanyak 42 daripada 45 buah sekolah mengatasi minimum PNGK nasional.

"Kesemua 45 buah sekolah lulus penuh 100 peratus dalam STPM 2019," katanya.