X

Kindly register in order to view this article
!

Honda Accord 2020 dilengkapi pengecas turbo

HONDA Accord versi 2020 kini boleh ditempah di kesemua 100 pengedar sah Honda seluruh negara.
A
A

HONDA Malaysia baru-baru ini mengumumkan model terbaharunya iaitu Honda Accord serba baharu yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini sedia untuk menerima tempahan.

Honda Accord versi 2020 kini boleh ditempah di kesemua 100 pengedar sah Honda seluruh negara. Reka bentuk revolusinya dapat dilihat menerusi gaya fastback tanpa mengetepikan DNA sedan itu.

Rupa luaran didatangkan dengan unit lampu depan lampu diod pemancar cahaya (LED) penuh tirus dan cukup bergaya. Rekaan lampu belakangnya turut menyerlahkan aspek premium.

Sedan eksekutif itu kini dilengkapi dengan penawaran enjin 1.5L VTEC Pengecas Turbo, satu-satunya model dalam segmen-D buatan Jepun di Malaysia menawarkan ciri tersebut.

Model generasi ke-10 Accord itu juga hadir dengan kuasa kuda 201PS. Daya tork maksimumnya sehingga 260 meter Newton (Nm) melebihi daripada yang dihasilkan enjin 2.4 liter dan bahan api lebih efisien.

Selain itu, Honda Accord serba baharu itu juga diperluaskan dengan ‘Next Generation Advanced Technology’ dengan Honda Sensing penuh. Maklumat lanjut mengenai Accord 2020 serba baharu, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus