X

Kindly register in order to view this article
!

NHF tawar program perantisan 2020

GRADUAN Program Meister Malaysia di bahagian 'Tool and Die', kilang pembuatan NHF.
A
A

Mempersiapkan pelajar untuk ke alam pekerjaan

PENGELUAR alat ganti automotif, New Hoong Fatt Holdings Bhd (NHF) kini menawarkan 20 penempatan dalam program perantisan bagi tahun 2020.

Pengarah Urusannya, Chin Jit Sin berkata, program perantisan atau Program Meister Malaysia (MMP) mewujudkan peluang Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) untuk pelajar Malaysia kini dibuka dan akan berakhir pada hujung Februari ini.

Menurutnya, objektif program adalah mempersiapkan pelajar untuk ke alam pekerjaan di masa hadapan. Program itu juga merupakan sebahagian dari ekosistem yang didokong oleh industri, institusi latihan dan kerajaan.

“Kami menyokong penuh usaha kerajaan dalam menghasilkan pekerja yang dilengkapi dengan kemahiran yang memenuhi tuntutan Revolusi Perindustrian 4 (IR) 4.0, sambil berusaha untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja pekerja tempatan dari 70 peratus kepada 85 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Seramai 22 graduan MMP dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dan Pemesinan Precision yang pernah mengikuti program di NHF kini bekerja di kilang pembuatan Kumpulan NHF di Klang.

Selain itu, kira-kira 500 pelajar telah menyertai program tersebut daripada lapan institusi latihan dalam negara.

Pusat Pembangunan Tenaga Manusia Selangor (SHRDC), salah satu daripada institusi latihan lulusan MMP, kini bekerjasama dengan syarikat industri seperti NHF, untuk mengenal pasti pelajar Malaysia yang sesuai untuk program itu.

Pelajar dilatih selama dua tahun melalui pendekatan dua arah dengan kursusnya dilaksanakan di kedua-dua tempat kerja dan institusi latihan.

Pelatih diberi pendedahan kepada situasi kerja sebenar di bawah bimbingan jurulatih yang kompeten dan pelatih Meister.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.shrdc.org.my/trainee/ atau www.autoglobal.com.my/meister/


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus