Covid-19: Kes kematian global terus meningkat

Korea Selatan mencatatkan 231 lagi kes Covid-19 hari ini mencecah 833 kes yang menjadikannya jumlah paling besar di luar China.
Korea Selatan mencatatkan 231 lagi kes Covid-19 hari ini mencecah 833 kes yang menjadikannya jumlah paling besar di luar China.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) di tiga negara iaitu Korea Selatan, Itali dan Iran makin meningkat.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu ciapan di Twitter menjelaskan statistik terbaru daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan jumlah lapan kematian di Korea Selatan, tujuh di Itali dan 12 orang di Iran.

Korea Selatan mencatatkan 231 lagi kes Covid-19 hari ini mencecah 833 kes yang menjadikannya jumlah paling besar di luar China.

Jumlah kematian di China kini berjumlah 2,663 dengan jumlah kes dicatatkan 77,658.

Lima negara baru turut dijangkiti ialah Kuwait, Bahrain, Oman, Afghanistan dan Iraq dengan jumlah negara yang dijangkiti kini berjumlah 37 buah negara.

Artikel Berkaitan: