Mohd Azam dilantik Ketua JSJN Pahang

Thiat Huat (kiri) menandatangani dokumen serah tugas sebelum ditandatangani Mohd Azam dan diserahkan kepada Abd Jalil (tengah) pada majlis serah tugas di IPK Pahang di sini hari ini.
Thiat Huat (kiri) menandatangani dokumen serah tugas sebelum ditandatangani Mohd Azam dan diserahkan kepada Abd Jalil (tengah) pada majlis serah tugas di IPK Pahang di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, Superintendan Mohd Azam Ab Razak dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang berkuatkuasa hari ini.

Majlis serah tugas telah berlangsung sekitar jam 8.20 pagi tadi di IPK Pahang disaksikan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan dan pegawai tertinggi polis Pahang.

Mohd Azam, 44, berasal dari Kelantan merupakan graduan Master Sains Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau menggantikan Pemangku Asisten Komisioner Lam Thiat Huat yang telah berkhidmat selama empat tahun dua bulan dan akan bertugas di Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (Perundangan Siasatan).

Terdahulu, Mohd Azam bertugas selama 10 bulan di IPD Sentul dan pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka pada tahun 2014 serta Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Tengah pada tahun 2012.

Artikel Berkaitan: