Semua jawatan menteri Kabinet digugurkan

Bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Presint 1, di sini. -Foto Bernama
Bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Presint 1, di sini. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan mengesahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran yang merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik adalah terhenti pada 24 Februari 2020.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Walaubagaimanapun, Baginda berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu pendirian baru Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Dr Mahathir telah menyerahkan surat peletakan jawatan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 petang tadi.

No Image Caption

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri

Artikel Berkaitan:

Kerajaan PH secara rasmi hilang majoriti

Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri interim