X

Kindly register in order to view this article
!

Ketua Polis Perak nafi mesyuarat berkait situasi politik

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dilihat hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.
A
A

IPOH - Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mengikuti satu mesyuarat kira-kira jam 3.40 petang tadi.

Mesyuarat bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim itu berlangsung kira-kira 40 minit.

Bagaimanapun ketika ditemui, Razarudin memaklumkan mesyuarat itu tidak berkait dengan situasi politik yang berlaku sekarang.

"Ini adalah mesyuarat biasa, jika saya ke sini untuk membincangkan tentang keselamatan negara, saya akan memakai pakaian seragam saya," katanya yang hadir berpakaian baju Melayu.

Menurutnya, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang arahan lanjut dari Ibu Pejabat Bukit Aman berhubung isu semasa itu.

"Polis sentiasa bersedia untuk apa-apa sahaja keadaan, tetapi kami masih belum menerima arahan dari Bukit Aman," katanya.

Sementara itu, Ahmad Suaidi tidak dapat mengulas lanjut mengenai status pentadbiran kerajaan Perak.