X

Kindly register in order to view this article
!

MHTC sasar 350 penyertaan media global untuk MTMA2020

MHTC
A
A

Anugerah Media Pelancongan Kesihatan 2020 tawar hadiah tunai hingga RM80,000

MAJLIS Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) mengumumkan sasaran lebih daripada 350 penyertaan wartawan dari seluruh dunia dalam menghasilkan laporan positif berkaitan potensi industri pelancongan kesihatan Malaysia.

Menerusi laporan media untuk Anugerah Media Pelancongan Kesihatan 2020 (MTMA2020), majlis anugerah kali kedua itu bakal memberi pengiktirafan dan ganjaran dalam bidang kewartawanan bagi media tempatan dan antarabangsa yang telah mencatatkan lebih daripada 250 penyertaan.

Disertai lebih 10 negara tahun lepas, MTMA merupakan anugerah media bertaraf global pertama yang meraikan sumbangan wartawan khususnya dalam industri pelancongan kesihatan yang telah memberi impak berbentuk pendapatan negara dan bilangan pelancong kesihatan.

Dalam kenyataan medianya, MHTC berkata, Malaysia juga telah menduduki tangga 10 tertinggi global sebagai destinasi pilihan pelancong kesihatan sejak beberapa tahun yang menyumbang kepada status negara sebagai hab untuk rawatan kardiologi, IVF, kanser, pembedahan plastik dan lain-lain.

“Pelancongan penjagaan kesihatan merupakan salah satu industri yang paling pantas berkembang di Malaysia. Negara kita berpengalaman luas dalam kecemerlangan pelancongan penjagaan kesihatan yang menyumbang kepada ganjaran lumayan.

"Hal ini mustahil untuk dicapai tanpa sokongan berterusan daripada pengamal media yang telah memainkan peranan penting dalam membina Malaysia Healthcare ke persada antarabangsa.

"MTMA2020 meneruskan sokongan kami buat media, lebih-lebih lagi karya terbaik dalam kewartawanan perjalanan penjagaan kesihatan,” menurut kenyataan MHTC baru-baru ini.

Difahamkan, inisiatif nasional itu diperkasakan lagi dengan sokongan platform perhubungan awam digital terkemuka di Asia, Supernewsroom yang membuka ruang bagi MHTC untuk mendekati lebih daripada 25,000 wartawan dan penyunting di Asia Tenggara dan negara lain.

Sasaran pendapatan

Sepanjang 2018, industri pelancongan kesihatan tempatan meningkat dan mencatatkan pendapatan berjumlah RM1.5 bilion.

Dalam tahun 2019 pula, MHTC merekodkan sejumlah 1.3 juta pelancong kesihatan yang membawa masuk pendapatan berjumlah RM1.7 bilion. Tahun ini, Malaysia menjangkakan anjakan dalam bilangan pelancong kesihatan dengan sasaran pendapatan yang dianggarkan berjumlah RM2 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Sherene Azli berkata, bagi meraikan kempen Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020 (MyHT2020) tahun ini, pihaknya menjemput semua pengamal kesihatan merasai kempen perjalanan penjagaan kesihatan bertaraf dunia pertama di Malaysia.

"Kempen ini bertujuan menjemput orang ramai mendapatkan rawatan penjagaan kesihatan di Malaysia sambil meneroka pelbagai tarikan pelancongan negara kita.

"Industri pelancongan penjagaan kesihatan tempatan telah berkembang dan mencapai RM1.5 bilion, juga impak ekonomi sebanyak RM6.4 bilion dan hampir 1.3 juta pelancong kesihatan pada 2018 sahaja," katanya.

Menurutnya, dengan kempen MyHT2020, pihaknya menjangkakan lebih banyak penyertaan tahun ini kerana bagi menjadikan Malaysia sebagai permata yang akan terus menyinar menjadi World’s Healthcare Marvel.

Memasuki edisi kedua, MTMA2020 bakal diadakan pada 18 Ogos 2020 di Kuala Lumpur. Tahun ini MTMA2020 juga akan memperkenalkan beberapa kategori baharu.

Bagi menggalakkan penyertaan daripada media antarabangsa, MHTC telah memperkenalkan lima anugerah antarabangsa selain daripada kategori anugerah media Malaysia yang sedia ada.

Semua penyertaan akan dinilai oleh satu panel yang terdiri daripada juri tempatan dan antarabangsa.

Kategori Anugerah:

Dalam setiap 10 anugerah dipertandingkan, setiap satunya merangkumi kategori Malaysia (tempatan) dan luar negara.

Anugerah Malaysia Luar

Negara

Anugerah Media Pelancongan Kesihatan ‘Laporan Bercetak Terbaik’
Anugerah Media Pelancongan Kesihatan ‘Laporan Dalam Talian Terbaik’
Anugerah Media Pelancongan Kesihatan ‘Laporan Penyiaran Terbaik’
Wartawan Pelancongan Kesihatan Terbaik
Pasukan Editorial Pelancongan Kesihatan Terbaik

Hadiah utama:

  • Wang tunai lebih RM80,000
Kriteria Kelayakan:
  1. Penyertaan mesti diterbitkan atau disiarkan antara 16 Julai 2019 dan 30 Jun 2020.
  2. Penyertaan yang layak perlu sampai ke urusetia tidak lewat daripada 5 petang (waktu Malaysia) pada 30 Jun 2020.
Salah satu kriteria utama untuk menang meliputi kesahihan/ jangkauan artikel di media sosial - menjadi penanda aras bagi menilai sejauh mana topik dibahaskan untuk melihat kualiti kandungan berita, selain gaya penyampaian/penulisan.

Juri:

Tahun ini, MHTC turut melibatkan penglibatan juri luar negara. Ia termasuklah Hanizah Hamzah, Ketua Program TV di Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik, dan Monica Tindall, Editor The Yum List. Senarai penuh hakim selebihnya akan diumumkan kelak.

https://www.total-croatia-news.com/news/41609-mtma-2020


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus