Mesyuarat MPP tanpa kehadiran Azmin, Zuraida

Anwar tiba di ibu pejabat parti di Merchant Square bagi mempengerusikan Mesyuarat MPP.
Anwar tiba di ibu pejabat parti di Merchant Square bagi mempengerusikan Mesyuarat MPP.
A
A
A

PETALING JAYA - Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berlangsung tanpa kehadiran Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin.

Beberapa pimpinan parti yang mengikuti mesyuarat berkenaan dilihat mula hadir ke Ibu Pejabat PKR di Merchant Square sejak jam 11 pagi tadi.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga tiba bagi mengikuti mesyuarat itu pada jam 12.45 tengah hari tadi selepas dikhabarkan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman rasmi beliau.

Ketibaan pimpinan utama PKR itu turut disambut dengan laungan 'Reformasi' oleh penyokong parti yang berkumpul di sini.

Difahamkan, mesyuarat tersebut dijangka akan membincangkan kedudukan terkini perjalanan politik tanah air susulan daripada beberapa perkembangan yang berlaku sebelum ini.

Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad turut hadir bagi mengikuti Mesyuarat MPP yang berlangsung di Merchant Square, hari ini.
Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad turut hadir bagi mengikuti Mesyuarat MPP yang berlangsung di Merchant Square, hari ini.

Antara pemimpin yang turut hadir ke Mesyuarat MPP itu adalah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan beberapa pimpinan lain.

Semalam, satu mesyuarat berlangsung serentak melibatkan parti politik lain termasuk UMNO, Bersatu, Pas dan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menguatkan lagi spekulasi penubuhan Pakatan Nasional.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, di Istana Negara beberapa pemimpin dilaporkan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dipercayai untuk mendapat perkenan penjajaran baru politik yang diperkatakan itu.

Malam tadi, Anwar dilapor mengakui dikhianati oleh rakan PH.

Jumaat lalu, mesyuarat Majlis Presiden PH berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana memutuskan Dr Mahathir berhak menentukan tarikh transisi peralihan kuasa kepada Anwar.