Pertemuan dua jam berakhir

Rumah Dr Mahathir dikawal oleh anggota keselamatan.
Rumah Dr Mahathir dikawal oleh anggota keselamatan.
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Selepas hampir dua jam berada di kediaman peribadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) lain dilihat keluar sebentar tadi.

Kenderaan yang membawa Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu keluar secara serentak kira-kira jam 12.23 tengah hari ini.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat keluar awal iaitu kira-kira jam 12.15 dipercayai menuju ke Putrajaya.

Difahamkan, kesemua pemimpin itu mengadakan mesyuarat dengan Dr Mahathir bagi membincangkan perkembangan terkini politik negara.

Turut difahamkan, Anwar dan Wan Azizah ketika ini juga dalam perjalanan ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya bagi mengadakan mesyuarat khas parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Artikel Berkaitan:

Menteri Kabinet tinggalkan PMO