LTTE: Tertuduh kedua juga bebas

Terdahulu di mahkamah berasingan di sini, mahkamah turut melepas dan membebaskan ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaraa daripada dua pertuduhan berkaitan LTTE.
Terdahulu di mahkamah berasingan di sini, mahkamah turut melepas dan membebaskan ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaraa daripada dua pertuduhan berkaitan LTTE.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan pemandu teksi, V Balamurugan terhadap lima pertuduhan berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan untuk memberhentikan prosiding undang-undang terhadap tertuduh.

Ahmad Shahrir turut bertanya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP), Mohamad Sufian Jaafar sama ada akan membuat pertuduhan baharu terhadap tertuduh yang sama.

“Kemungkinan tidak yang arif,” katanya.

Terdahulu di mahkamah berasingan di sini, mahkamah turut melepas dan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60 daripada dua pertuduhan berkaitan LTTE.

ARTIKEL BERKAITAN: LTTE: ADUN Seremban Jaya lepas, bebas

Tiga hari lalu, Peguam Negara memutuskan untuk menghentikan prosiding terhadap 12 tertuduh yang menghadapi 34 pertuduhan berhubung menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Tan Sri Tommy Thomas dalam kenyataannya berkata, tindakan itu diputuskan selepas tiada prospek jelas untuk sabitan ke atas pertuduhan terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Dalam menjalankan kuasa budi bicara saya, menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan saya memutuskan untuk memberhentikan prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: LTTE: AG tamatkan prosiding terhadap 12 individu