X

Kindly register in order to view this article
!

763 orang dijangkiti, tujuh kematian di Korea Selatan

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) menyenaraikan 161 kes baharu dalam laporan yang dikeluarkan pada Isnin, 18 lagi pesakit pulih.
A
A

SEOUL - Jumlah yang dijangkiti koronavirus (Covid-19) meningkat kepada 763 orang di Korea Selatan dengan tujuh kematian dicatatkan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Menurut agensi berita Sputnik, KCDC menyenaraikan 161 kes baharu dalam laporan yang dikeluarkan pada Isnin, 18 lagi pesakit pulih.

Seramai 8,720 sedang menjalani ujian untuk mengesan sebarang jangkitan.

Berikutan perkembangan terbaru itu Korea Selatan meningkatkan tahap amaran kepada 'tahap merah'. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!