Anwar temui Tun Mahathir di rumahnya

Kenderaan yang dinaiki Anwar itu dilihat tiba kira-kira jam 10.45 pagi.
Kenderaan yang dinaiki Anwar itu dilihat tiba kira-kira jam 10.45 pagi.
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di The Mines Resort & Golf Club di sini.

Kenderaan yang dinaiki Anwar itu dilihat tiba kira-kira jam 10.45 pagi.

Turut kelihatan kenderaan yang membawa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut serta dalam pertemuan yang dipercayai bagi membincangkan situasi semasa politik negara ketika ini.

Terdahulu, kenderaan rasmi ketiga-tiga pemimpin itu memasuki Bangunan Putra Perdana sekitar jam 9 pagi kemudiannya meninggalkan bangunan itu jam 10.25 pagi.

Bagaimanapun tiada sebarang pertemuan diadakan kerana Dr Mahathir tidak memasuki pejabatnya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Artikel Berkaitan:

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO