Kit Siang tiba awal di ibu pejabat DAP

Kit Siang tiba di ibu Pejabat DAP di Jalan Yew kira-kira jam 11.00 pagi.
Kit Siang tiba di ibu Pejabat DAP di Jalan Yew kira-kira jam 11.00 pagi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di ibu Pejabat DAP di Jalan Yew kira-kira jam 11.00 pagi bagi menyertai mesyuarat tertutup pimpinan tertinggi parti itu di sini, sebentar tadi.

Mesyuarat parti itu dijangka bermula jam 12.00 tengah hari namun warga media sudah berkumpul di lobi bangunan berkenaan sejak jam 9 pagi susulan maklumat berlangsungnya mesyuarat tertutup DAP.

"Kami akan bermesyuarat kemudian," kata Penasihat DAP itu yang tiba di lobi bangunan ibu Pejabat parti selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.

Sementara itu, Chee Yee ketika ditanya mengenai agenda mesyuarat itu menjelaskan, ia di luar pengetahuan beliau sekiranya ada apa-apa yang istimewa sepanjang mesyuarat berlangsung nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO

Artikel Berkaitan: