'Kenapa tiba-tiba petik nama saya?' - Najib

Najib memuat naik status menafikanlaporan yang mendakwa beliau mendatangani akaun bersumpah (SD) bagi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal perdana menteri.
Najib memuat naik status menafikanlaporan yang mendakwa beliau mendatangani akaun bersumpah (SD) bagi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal perdana menteri.
A
A
A

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan laporan yang mendakwa beliau menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri.

Beliau turut terkejut apabila ada portal tertentu yang memetik namanya.

"Saya tak pernah cakap dengan 'The Malaya Post' pun. Kenapa tiba-tiba petik nama saya?" Soal beliau yang memuat naik status berkenaan di Facebook miliknya, pagi ini.

Semalam, The Malaya Post melaporkan Najib sudah menandatangani SD bagi membolehkan Dr Mahathir membentuk gabungan baharu yang dinamakan Pakatan Nasional.

Bagaimanapun, menurut portal itu lagi, Najib meletakkan beberapa syarat bagi menyokong kerajaan campuran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Artikel Berkaitan:

Menteri Kabinet tinggalkan PMO