Saya bersih!, adakah mereka bersih?, tanya calon BN

Ramli bersama orang-orang kampungnya di Pos Manson, hari ini. Foto Facebook BN.
Ramli bersama orang-orang kampungnya di Pos Manson, hari ini. Foto Facebook BN.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Calon BN PRK Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor menegaskan beliau tidak perlu menandatangani sebarang perjanjian untuk membuktikan dirinya bersih.

Malah beliau menjamin dirinya bersih daripada sebarang salah laku.

"Awak beritahu saya, lawan saya, PH adakah mereka bersih?

"Saya boleh jamin diri saya bersih. Tak perlu nk tandatangan apa-apa untuk buktikannya," katanya selepas kempen di kampung halamannya, Pos Manson, Cameron Highlands, di sini, hari ini.

Kesemua calon PRK Cameron Highlands menandatangani akujanji menjalankan kempen yang bersih dan adil anjuran Bersih 4.0 kecuali Ramli.

Dalam pada itu, Ramli aku bangga dapat pulang ke kampung halamannya sebagai calon wakil rakyat.

"Untuk pencalonan ini, sekiranya saya menang, saya yang pertama dapat wakili Orang Asli, saya memang bangga," katanya.

Selain itu, beliau menyifatkan tiada keperluan untuk berdebat dengan lawannya secara langsung.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang nak didebatkan? Mereka ugut orang saya dengan tak nak bayar gaji orang saya, kenapa saya perlu debat?," tanyanya lagi.

Semalam, Senator PKR, Bob Manolan Mohd dikritik selepas mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Tok Batin di Parlimen ini.

Katanya, Tok Batin yang tidak menyokong PH mungkin tidak dibayar gaji namun Bob Manolan menjelaskan kenyataan itu merujuk kepada Tok Batin yang masih menjawat jawatan dalam Umno.