Pelajari kebudayaan kaum lain

Summugam turut meluangkan masa cuba menulis tulisan kaligrafi Cina.
Summugam turut meluangkan masa cuba menulis tulisan kaligrafi Cina.
A
A
A

KULIM - Perkongsian kebudayaan melalui tulisan kaligrafi adalah simbol perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Exco Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat India, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, R Summugam berkata, mempelajari kebudayaan masyarakat pelbagai kaum boleh memupuk sifat hormat-menghormati antara satu sama lain.

"Itu adalah simbol perpaduan di mana seni tulisan Cina dan India dipelajari masyarakat Melayu dan begitu juga sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kasih Komuniti Cintai Perpaduan di Pusat Aktiviti Perpaduan Daerah Kulim di sini kelmarin.

Sementara itu, beliau berkata, dalam konteks perbezaan pendapat, ia perlu dirai dan dihargai serta bukan dijadikan sebagai faktor perpecahan sebaliknya perlu dibincangkan bagi mencari penyelesaian terbaik buat semua pihak.

"Rakyat perlu sedar tanggungjawab untuk mempertahankan semangat perpaduan dalam kepelbagaian kaum di Malaysia adalah peranan kita bersama," katanya.

Dalam program berkenaan, pelbagai acara diadakan termasuk peluang mempelajari tulisan khat, kaligrafi Cina dan India kepada orang awam.

Program itu merupakan program siri jelajah ke setiap daerah di mana daerah Kulim merupakan destinasi pertama penganjuran.

Artikel Berkaitan:

Turut diadakan gerai pameran agensi kerajaan, pertandingan mewarna, pertandingan memasak, pertandingan menumbuk sambal belacan dan gubahan tuala.

Seorang kanak-kanak cuba menulis tulisan kaligrafi Cina sempena Program Kasih Komuniti Cintai Perpaduan hari ini.
Seorang kanak-kanak cuba menulis tulisan kaligrafi Cina sempena Program Kasih Komuniti Cintai Perpaduan hari ini.