Letupan kuat gegar Paris

Impak letupan memusnahkan sebuah kedai roti di rue Trevise di daerah Grands Boulevards.
A
A

PARIS - PERANCIS. Kota Paris digegarkan dengan satu letupan kuat yang mungkin disebabkan oleh kebocoran gas di tingkat bawah tanah sebuah pusat membeli-belah, hari ini.

Sekurang-kurangnya sembilan orang cedera dalam insiden itu, kata polis Perancis.

Sumber polis berkata, letupan itu memusnahkan sebuah kedai roti di rue Trevise di daerah Grands Boulevards.

Impak letupan turut memusnahkan cermin pasaraya berdekatan dan bangunan yang terletak beberapa ratus meter dari lokasi kejadian, kata saksi.

Dua buah helikopter dikerah ke lokasi kejadian bagi memindahkan mangsa ke hospital berdekatan.

Pihak berkuasa telah meningkat kawalan keselamatan di ibu kota Perancis berikutan protes 'ves kuning' yang kini memasuki minggu kesembilan dengan sebahagian besar pusat bandar disekat oleh polis anti rusuhan. - Reuters