Anwar jumpa Agong esok

Anwar ketika Majlis Zikir Tazkirah-Selawat Nuril Anwar-Solat Hajat yang dirakam secara langsung di kediamannya di Bukit Segambut di sini malam tadi.
Anwar ketika Majlis Zikir Tazkirah-Selawat Nuril Anwar-Solat Hajat yang dirakam secara langsung di kediamannya di Bukit Segambut di sini malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.

Setiausaha Politik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, pertemuan itu dijangka jam 2.30 petang.

"Perkara ini dah dirancang awal bukan kerana isu yang berlaku hari ini. Masih terlalu awal untuk buat sebarang spekulasi, kita tengok dulu macam mana esok," katanya di luar pekarangan kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, di sini malam ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Port Dickson itu menganjurkan Majlis Zikir, Selawat Nurul Anwar, Bacaan Yasin dan Solat Hajat bersama Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim.

Ditanya keadaan semasa Anwar katanya, beliau dalam keadaan tenang dan menghadiri program seperti biasa.

"Dia tenang, rakyat bersama kami, kita ada moral di peringkat akar umbi. Jadi saya tak nampak ada masalah di situ," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M hanya senyum, tak beri komen

20 kenderaan VIP masuk Istana Negara petang ini

Artikel Berkaitan:

UMNO, Pas bincang hala tuju Muafakat Nasional

Desas-desus gabungan baharu untuk Malaysia