Unity Shield: Harap pemain beri aksi terbaik

Mehmet Durakovic
Mehmet Durakovic
A
A
A

BIARPUN sekadar aksi pra musim, kesemua pemain Perak diharap dapat memberikan aksi terbaik pada aksi Unity Shield di Stadium Darul Aman, malam esok.

Ketua Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berkata, semua pemain termasuk pemain yang baharu pulang daripada tugasan bersama skuad kebangsaan serta pemain muda akan diberikan peluang beraksi malam esok.

“Kita akan beri peluang kepada pemain untuk beraksi. Tidak ada apa-apa yang kita harapkan, cuma mahu setiap pemain memberikan aksi yang terbaik.

“Setelah berehat, ini adalah masa untuk semua pemain kembali bersama dan kita akan nikmati detik ini,” katanya.

Durakovic berkata demikian bagi mengulas persiapan skuad The Bos Gaurus menjelang aksi Unity Shield berdepan Kedah di Stadium Darul Aman, malam esok.

Sementara itu Durakovic memuji usaha mewujudkan piala berkenaan kerana ia dilihat banyak memberikan manfaat kepada komuniti.

Katanya, kejohanan berkenaan juga secara tidak langsung menjadikan setiap pemain dapat merasakan diri mereka sebagai seorang individu penting.

“Idea untuk mewujudkan kejohanan ini bagus. Selain menyumbang kepada komuniti, ia juga membuatkan semua pemain, pegawai rasakan mereka adalah individu yang penting,” katanya.

Artikel Berkaitan: