Pas arahkan ahli solat hajat doakan keselamatan negara

Nik Muhammad Zawawi
Nik Muhammad Zawawi
A
A
A

SHAH ALAM - Pas mengarahkan ahli di seluruh negara melaksanakan solat hajat khusus bagi kesejahteraan dan keselamatan negara ekoran situasi politik semasa yang berlaku di peringkat nasional.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, solat hajat perlu dilaksanakan segera bagi memohon petunjuk dari ALLAH agar negara terus berada dalam kesejahteraan.

“Penularan berita mengenai pelbagai analisis dan andaian terhadap iklim politik semasa negara sama ada berlakunya perubahan pada tampuk pemerintah negara atau kekal dan kebarangkalian pembubaran Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin, Abdul Hadi, Zahid Hamidi tiba di Hotel Sheraton

Desas-desus gabungan baharu untuk Malaysia

Tun M hanya senyum, tak beri komen

"Kesemua tersebut diserahkan kepada kebijaksanaan pimpinan utama kita dalam menguruskannya dan ahli wajib terus memberikan thiqah dan wala pada arahan dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, desas-desus rombakan Kabinet bertiup kencang apabila pemimpin-pemimpin utama dari Bersatu, UMNO, Pas, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Artikel Berkaitan: