Lima dipercayai anggota militan maut pertempuran di Selatan Thailand

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NARATHIWAT - Lima lelaki dipercayai anggota militan maut dalam satu pertempuran dengan pihak keselamatan di Cho-Airong, Narathiwat hari ini.

Komander Rejimen Renjer Ke-46, Kolonel Songdej Suknui berkata, pertempuran itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ini (waktu tempatan) selepas pasukan renjer menjejaki sekumpulan lelaki bersenjata di Bukit Tawey berdekatan Kampung Air Setia sejak malam tadi.

“Berlaku kejadian berbalas tembakan antara kumpulan lelaki itu dan pasukan renjer yang berlarutan hampir 20 minit.

“Selepas itu, pasukan renjer menemukan lima mayat dan enam laras senjata api jenis HK 33 dan M16A1 di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata sekurang-kurang dua individu telah meloloskan diri dan pihak berkuasa sedang giat menjejaki mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan: