Lebih 1,000 bantah ICERD di NS

Lebih 1,000 aktivis dan ahli politik berhimpun secara aman bagi membantah ICERD.
Lebih 1,000 aktivis dan ahli politik berhimpun secara aman bagi membantah ICERD.
A
A
A
SEREMBAN - Lebih 1,000 aktivis dan ahli politik berhimpun secara aman bagi membantah usaha untuk mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Himpunan aman di Wisma Negeri digerakkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk parti politik, Umno dan Pas.

Perhimpunan bermula di pekarangan Masjid Negeri, kemudian berarak kira-kira 500 meter ke Wisma Negeri dengan diiringi kibaran bendera kedua-dua parti politik.

No Image Caption



Turut hadir menyatakan sokongan, Ketua Pemuda Umno Negeri, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, Ketua Pemuda Pas negeri, Yazman Yahya, Ketua Wanita Umno negeri, Latipah Ali Kunjoo dan Pesuruhjaya Pas negeri, Mustafa Daharun.

Artikel Berkaitan:


Menurut Mohd Zaidy, perhimpunan itu diadakan bagi menolak sebarang campur tangan luar yang menggugat hak kepentingan agama Islam dan orang Melayu.