Presiden UMNO sah ke Istana Negara

Annuar melambai tangan kepada media selepas mesyuarat khas Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn PWTC petang tadi.
Annuar melambai tangan kepada media selepas mesyuarat khas Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn PWTC petang tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama pemimpin lain telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara lewat petang tadi.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu dan memaklumkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah memberikan mandat kepada Presiden UMNO untuk mengambil sebarang tindakan berdasarkan kepentingan negara.

"Sebelum ini Presiden telah memberikan komitmen dan berjanji untuk 'update' kalau ada apa-apa perkara penting.

"Jadi tadi Presiden telah mengadakan perjumpaan dan memberikan 'update' tentang perkembangan politik negara dan mengumumkan akan bersama-sama pemimpin lain untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang tadi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sidang media di Hotel Sheraton jadi tumpuan

Desas-desus gabungan baharu untuk Malaysia

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung intipati mesyuarat khas Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn petang tadi.

Ketika ditanya mengenai perjumpaan di sebuah hotel di Petaling Jaya malam nanti, Annuar berkata, mereka tidak diarahkan cuma beliau difahamkan ada dalam kalangan MT UMNO dan ahli-ahli Parlimen akan mengadakan perjumpaan.

Artikel Berkaitan: