X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

JDT sedia bawa pulang Syazwan Andik

A
A

JUARA bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyuarakan hasrat ingin mendapatkan khidmat bek kiri Harimau Malaya, Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak.

Pengarah Kesukanan JDT, Martin Prest berkata, mereka sedia berunding dengan pemain kelahiran Johor itu yang mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya sekarang dengan Kuala Lumpur berikutan gaji selama dua bulan pemain itu masih tertunggak.

“Kami akan berbincang dengan Syazwan sama ada beliau ingin kembali kepada Harimau Selatan. Kelab ini berharap akan dapat mencapai satu persetujuan dengan Syazwan secepat mungkin,” Prest berkata demikian di dalam laman Facebook rasmi JDT, hari ini.

Muhammad Syazman dalam catatan di laman Instagramnya Jumaat lalu mendedahkan keputusannya meninggalkan Kuala Lumpur selepas pasukan itu dilaporkan gagal membayar gajinya untuk November dan Disember tahun lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini beraksi untuk JDT II dari 2016 hingga 2017 sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, musim lalu.

Kehebatan aksinya dengan skuad kebangsaan pada Piala AFF Suzuki 2018 menarik perhatian beberapa pasukan tempatan yang berminat mendapatkan khidmat beliau. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!