X

Kindly register in order to view this article
!

Pertemuan pimpinan Bersatu masih berlangsung

Sehingga jam 1.20 petang tiada arahan untuk mengadakan sebarang sidang media.
A
A

PETALING JAYA - Pimpinan utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan di Menara Yayasan Selangor di sini sejak pagi.

Dr Mahathir tiba kira-kira jam 9 pagi diiringi Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum memulakan agenda pertemuan yang bermula jam 11 pagi dan berlarutan sehingga jam 1 tengah hari.

Pertemuan itu turut dihadiri Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim serta ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) termasuk Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Antara pimpinan yang turut kelihatan, Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Salah seorang daripada ahli parlimen terbabit yang ditemui media ketika meninggalkan bangunan ibu pejabat Bersatu lebih sejam lalu memaklumkan mesyuarat pimpinan utama parti itu masih lagi berlangsung.

"Masih berlangsung," katanya.

Terdahulu, media mula memenuhi pekarangan lobi bangunan ibu pejabat Bersatu itu seawal jam 9 pagi dan sehingga jam 1.20 petang dimaklumkan tiada arahan untuk mengadakan sebarang sidang media.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus