Cendawan tiram dari Korea dirampas

Anggota penguatkuasa Maqis menunjukkan rampasan cendawan tiram dalam pemeriksaan itu.
Anggota penguatkuasa Maqis menunjukkan rampasan cendawan tiram dalam pemeriksaan itu.
A
A
A

KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuaratin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas cendawan tiram seberat 5,408 kilogram menerusi pemeriksaan rutin yang dilakukan, Khamis lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, menerusi pemeriksaan itu, pihaknya menahan sebuah kontena berisi cendawan berkenaan yang diimport dari negara Korea dan gagal mematuhi syarat pelabelan, pembungkusan serta pengredan (3P).

Beliau berkata, cendawan tiram yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM76,535.60.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua–duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Tarmisal berkata, pihaknya sentiasa peka dan teliti dalam menjalankan pemeriksaan bagi setiap keluaran pertanian ke negara ini.

Katanya, langkah ini adalah bagi memastikan setiap keluaran pertanian bebas perosak dan penyakit, bahan cemar serta mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan: