Mohd Fasiah Ketua Bahagian Bersatu Sabak Bernam baharu

Mohd Fasiah (tiga dari kanan) bersama jawatankuasa kepimpinan baharu Bersatu Bahagian Sabak Bernam diraikan dalam pengumuman pemilihan bahagian itu malam tadi.
Mohd Fasiah (tiga dari kanan) bersama jawatankuasa kepimpinan baharu Bersatu Bahagian Sabak Bernam diraikan dalam pengumuman pemilihan bahagian itu malam tadi.
A
A
A

SABAK BERNAM - Ahli Parlimen Sabak Bernam yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh menang dalam pertandingan jawatan Ketua Bersatu Bahagian Sabak Bernam pada pemilihan yang diadakan hari ini.

Beliau menewaskan pencabarnya, Ibrahim Sahadan selepas memperoleh 206 undi berbanding lawannya yang memperoleh 48 undi.

Keputusan rasmi pemilihan itu diumumkan Penyelaras Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Zon 1 Norzaimah Zainal Abidin dan Asraf Rahmat jam 11 malam tadi.

Jawatan timbalan ketua bahagian itu pula dimenangi penyandangnya, Mohd Hamizar Sulaiman selepas memperoleh 269 undi, menewaskan Hassan Jureme dengan 52 undi.

Penyandang naib ketua bahagian, Kalam Salan turut mengekalkan jawatan itu apabila memperoleh 271 undi menumpaskan Misran Kaulan yang mendapat 50 undi.

Bagi jawatan Ketua Armada pula menyaksikan anak kepada Mohd Fasiah, Mohammad Ferris pula memenangi jawatan itu selepas memperoleh 49 undi menewaskan Saufi Yusof dengan 11 undi.

Jawatan Srikandi pula dimenangi penyandangnya yang juga Timbalan Ketua Srikandi Selangor, Noorlieza Mahffod, yang mendapat 102 undi mengalahkan Zalikha Hanis dengan 4 undi.

Seramai 1, 696 ahli Bersatu Bahagian Sabak Bernam layak mengundi pada mesyuarat pemilihan yang diadakan di 10 cawangan bahagian berkenaan.

Artikel Berkaitan: