Langgar lari: Pemandu BMW serah diri selepas diburu polis

BUTTERWORTH - Polis telah menahan pemandu BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Bagan Ajam, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pemandu berusia 28 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik SPU pada Selasa.
"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya," katanya ringkas ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Sebelum ini media melaporkan polis sedang mengesan pemandu BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya BORR pada Khamis lalu.
Suspek diburu selepas tular dua rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan insiden langgar lari yang berlaku jam 8.44 pagi.
Menerusi video itu, wanita yang menunggang sebuah motosikal terjatuh di jalan raya selepas dilanggar sebuah BMW berwarna putih yang kemudian melarikan diri.
Menerusi video itu, wanita yang menunggang sebuah motosikal terjatuh di jalan raya selepas dilanggar sebuah BMW berwarna putih yang kemudian melarikan diri.
Difahamkan, wanita itu mengalami kecederaan di kaki dan rahang sehingga memerlukan beberapa jahitan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!