X

Kindly register in order to view this article
!

RTS tampilkan selebriti sebagai mentor

Aizuddin (kanan) menyampaikan buku sebagai cenderahatikepada A Aida pada majlis perasmian RTS di HPUPM di Serdang hari ini.
A
A

SELEBRITI yang berjaya dalam perniagaan seperti penerbit popular, Datuk A Aida tampil dalam program Road To Success (RTS) AG Academy supaya dapat dijadikan mentor oleh peserta program berkenaan.

Pengasas AG Academy, Datuk Aizuddin Ghazali berkata, RTS yang merupakan program keusahawanan dan kepimpinan itu memberi peluang kepada graduan serta golongan usahawan muda di bawah kategori B40 untuk mengikuti program tersebut secara percuma.

"Ini untuk memastikan belia dan usahawan muda turut sama berada dalam landskap mengubah 'destiny' hidup mereka menerusi kursus yang ditawarkan oleh AG Academy ini.

"Kita juga meletakkan sasaran untuk melahirkan 100 usahawan atau ketua pegawai eksekutif (CEO) dalam kalangan mereka bagi tahun 2020," katanya pada Majlis Perasmian RTS yang di Auditorium Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) di sini hari ini.

Perasmian program itu disempurnakan A Aida yang turut berkongsi pengalamannya dalam dunia perniagaan hingga sekarang dengan kejayaan memiliki beberapa buah syarikat termasuk A Aida Production serta saluran televisyen sendiri, Salam HD.

Aizuddin dan A Aida bergambar bersama 500 peserta pertama program itu di HPUPM di Serdang hari ini.
Aizuddin dan A Aida bergambar bersama 500 peserta pertama program itu di HPUPM di Serdang hari ini.

Menurut Aizuddin, RTS yang dianjurkan dengan kerjasama Prihatin Tanpa Sempadan (Prihatin) berhasrat melahirkan seorang CEO yang lengkap.

"Sebagai contoh kalau selebriti nak buat bisnes dia kena tahu bermula dari bawah seperti produk apa yang mahu dijual, perlu tahu mengenai undang-undang yang perlu dipatuhi dan pengurusan kewangan yang betul," katanya yang juga Tokoh Usahawan Bumiputera Berjaya 2018.

Menurutnya, bagaimana pun pihaknya menyasarkan antara 500 hingga 1,000 peserta sahaja setiap sesi RTS kerana mahu impak program berkenaan benar-benar sampai kepada peserta.

Sementara itu, A Aida berkata, penganjuran RTS sangat bagus kerana menerusi perkongsian daripada tokoh perniagaan yang telah berjaya, ia dapat menjadi panduan kepada belia yang mahu menceburi bisnes.

"Paling penting kita kena ada kemahiran kerana dengan kemahiran kita boleh teroka banyak cabang bisnes," katanya.