Gesa siasat dakwaan ajaran Kristian disebar di Hospital Sungai Buloh

Tular di media sosial mengenai penyebaran dakyah Kristian baru-baru ini.
Tular di media sosial mengenai penyebaran dakyah Kristian baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor menggesa pihak berwajib menyiasat mengenai tindakan beberapa individu yang cuba menyebarkan ajaran Kristian di Hospital Sungai Buloh baru-baru ini.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, tindakan itu perlu disiasat bagi memastikan kesahihan dan membendung usaha dakyah kristianiasisi.

"Dakyah kristianisasi jelas bercanggah dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan undang-undang negeri dan mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat Pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

"Selangor salah satu dari sembilan negeri yang meluluskan undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam menerusi Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No. 1/1988)," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menerusi enakmen tersebut kesalahan menyebarkan dakyah apa jua agama selain Islam terhadap penganut Islam termaktub pada Seksyen 4 iaitu kesalahan memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimanan.

"Kesalahan sedemikian jika disabitkan boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Terdahulu tular di laman sosial Facebook milik Firdaus Wong Wai Hung yang memaparkan mengenai usaha beberapa individu yang didakwa menyebarkan ajaran Kristian di Hospital Sungai Buloh.

Artikel Berkaitan: