Saya nak betulkan tingkap rumah, kata Mas Ermieyati

Mas Ermieyati (tengah) bersama calon bahagian itu pada majlis di Masjid Tanah malam kelmarin.
Mas Ermieyati (tengah) bersama calon bahagian itu pada majlis di Masjid Tanah malam kelmarin.
A
A
A

ALOR GAJAH - Keputusan untuk bertanding jawatan ketua pada pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Masjid Tanah bukan bertujuan memecah belahkan parti itu.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan tersebut bagi memperkasakan parti ke arah lebih baik.

"Orang cakap saya nak robohkan 'rumah' (parti) itu tidak benar, 'rumah' ini cantik tiang serinya elok tapi tingkapnya dah kotor pintu dah longgar dah gebeng, dalamnya bersepah.

"Maka saya tawarkan diri bersama kawan-kawan nak masuk dalam rumah ini nak betulkan tingkap, bersihkan habuk bukannya nak robohkan tapi nak cantik supaya ada seri, orang lain akan datang masuk," katanya ditemui di Masjid Tanah, di sini.

Semalam Sinar Harian melaporkan kenyataan Ketua Bersatu Melaka, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof kecewa dengan tindakan Ahli Mas Ermieyati yang mahu mencabarnya pada pemilihan hari ini.

Mohd Redzuan berkata, wakil rakyat itu tidak seharusnya membawa budaya parti lama.

Malah, katanya, sebelum ini beliau menerima Mas Ermieyati ke dalam Bersatu namun kini seperti dikhianati.

Selain Mas Ermieyati, pemilihan tiga penjuru itu turut disertai Setiausaha Bersatu bahagian, A Lukman Ab Ghani.

Artikel Berkaitan: