X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Korea Selatan catat 142 kes terbaru dalam tempoh 24 jam

Korea Selatan mencatatkan sebanyak 142 lagi kes baharu Covid-19, dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan orang yang dijangkiti seramai 346.
A
A

SEOUL - Korea Selatan mencatatkan sebanyak 142 lagi kes baharu Covid-19, dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan orang yang dijangkiti seramai 346, lapor agensi berita Sputnik memetik Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KCDC).

Menurut KCDC, 103 kes direkodkan di wilayah Gyeongsang Utara, 28 di bandar Daegu dan selebihnya di lain-lain negeri dan wilayah.

Majoriti kes baharu didaftarkan di hospital di daerah Cheongdo County tidak jauh dari Daegu.

Covid-19, pertama kali dikesan di Wuhan, wilayah Hubei, China, pada Disember lalu, virus itu telah merebak ke lebih 25 negara. Lebih 77,000 orang dijangkiti di seluruh dunia menyaksikan lebih 2,200 kematian. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!