Imigresen gempur pasar borong

Antara PATI yang ditahan dalam operasi di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan malam tadi.
Antara PATI yang ditahan dalam operasi di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan malam tadi.
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Jabatan Imigresen menggempur Pasar Borong Selangor di sini dan menahan 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Bersepadu malam tadi.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi bermula jam 11.30 malam yang turut disertai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor bertindak memeriksa seramai 70 individu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati 45 lelaki warga asing berusia lingkungan 18 hingga 50 tahun dikesan melakukan kesalahan imigresen seperti tinggal lebih masa dan tidak memiliki pas serta permit sah.

"Semakan mendapati PATI itu terdiri daripada 38 warga Myanmar, Indonesia (4) dan Bangladesh (3).

"Semasa serbuan dilakukan, terdapat segelintir PATI cuba melarikan diri dan bersembunyi di bawah lori, kotak sayur dan di dalam longkang. Namun usaha itu tidak berjaya kerana anggota operasi berjaya menghalang dan mengesan PATI tersebut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Antara PATI yang ditahan dalam operasi di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan malam tadi.
Antara PATI yang ditahan dalam operasi di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan malam tadi.

Mohamad Shukri berkata, kesemua yang ditahan telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Pejabat Imigresen Negeri Selangor dan direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya juga menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan majikan atau pelindung kepada PATI ini dan sekiranya terbukti akan turut dikenakan tindakan undang-undang termasuk didakwa di mahkamah.