Ketua Pengarah APMM terima Beret Kehormat Star Team

Mohd Zubil (tengah) dan Syuzefril (kiri) pada Majlis Penganugerahan Beret Kehormat Star di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas) di sini, semalam.Foto IHSAN APMM
Mohd Zubil (tengah) dan Syuzefril (kiri) pada Majlis Penganugerahan Beret Kehormat Star di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas) di sini, semalam.Foto IHSAN APMM
A
A
A

KUANTAN - Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dianugerahkan Beret Kehormat Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (Star Team) APMM.

Anugerah itu disampaikan Ketua Star Team APMM, Komander Maritim Syuzefril Mat Noor pada Majlis Penganugerahan Beret Kehormat STAR di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas) di sini semalam.

Syuzefril berkata, penganugerahan Beret Kehormat Star kepada Mohd Zubil mengambilkira sumbangan beliau dalam meningkatkan keupayaan pasukan elit APMM selama ini.

"Beliau banyak membantu Star Team ketika menjawat jawatan Pengarah Maritim Negeri Sabah termasuk mencetuskan idea bagi penubuhan pasukan elit ini di negeri itu.

"Beret Kehormat ini hanya dianugerahkan kepada individu-individu tertentu yang layak sahaja sebagai menghargai jasanya kepada pasukan ini,” katanya.

Penganugerahan Beret Kehormat Star kepada Mohd Zubil mengambilkira sumbangan beliau dalam meningkatkan keupayaan pasukan elit APMM selama ini. Foto IHSAN APMM
Penganugerahan Beret Kehormat Star kepada Mohd Zubil mengambilkira sumbangan beliau dalam meningkatkan keupayaan pasukan elit APMM selama ini. Foto IHSAN APMM

Menurutnya, anugerah berkenaan istimewa kerana sebagai penghormatan tertinggi bagi anggota dan pegawai.

Syuzefril berkata, mereka telah menempuh pelbagai rintangan bagi membolehkan Beret Kehormat itu dipakaikan.

Artikel Berkaitan:

Majlis Penganugerahan Beret Kehormat Star sempena Sambutan Hari Ulangtahun ke-15 APMM turut dihadiri barisan Pengurusan Tertinggi APMM serta pengarah APMM Negeri.