Liverpool hilang khidmat 'kapten Marvel'

Henderson mengalami kecederaan Hamstring ketika menentang Atletico, Rabu lalu. FOTO: LIVERPOOL FC
Henderson mengalami kecederaan Hamstring ketika menentang Atletico, Rabu lalu. FOTO: LIVERPOOL FC
A
A
A

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Liverpool menerima tamparan hebat apabila kehilangan kaptennya Jordan Henderson yang mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Pengendali The Reds, Jurgen Klopp mengesahkan perkara tersebut selepas pemeriksaan perubatan dilakukan ke atas pemain berusia 29 tahun itu semalam.

Menurutnya, Henderson terpaksa berehat selama tiga minggu dan bakal terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham, Watford dan Bournemouth serta turut tidak akan diturunkan ketika menentang Chelsea dalam saingan Piala FA.

"Kami kehilangan Henderson untuk beberapa perlawanan akan datang. Ia tidak bagus untuk pasukan di saat kita sedang berada pada tahap kritikal.

"Namun, kami bertuah kerana kecederaan Henderson tidak terlalu teruk dan hanya akan direhatkan dalam tempoh tiga minggu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Klopp menegaskan beliau mempunyai beberapa nama lain yang boleh mengisi tempat ditinggalkan Henderson itu seperti Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain yang kini berada pada prestasi terbaik permainan.

Dalam pada itu, Klopp menuntut para pemainnya supaya bangkit daripada kekalahan ke atas Atletico rabu lalu dan kembali ke landasan kemenangan ketika bertemu West Ham dalam aksi EPL di Anfield, Selasa ini.

"Ia umpama mimpi buruk (tewas kepada Atletico). Tiada perkara positif daripada perlawanan tersebut, tetapi kami tahu segalanya akan berubah dalam perlawanan timbal balik nanti.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang kami mahu menumpukan kepada EPL. Sudah tentu ia perlawanan yang sukar dengan West Ham sedang cuba meriah kemenangan untuk keluar daripada zon penyingkiran.

"Kami perlu bersedia sepenuhnya. Saya yakin pemain juga faham bahawa mereka perlu kembali fokus dalam saingan liga," katanya.