Remaja ditahan bersama 14 bungkus air ketum

Anggota trafik memeriksa cecair disyaki ketum yang dibawa remaja ketika operasi sekatan jalan malam tadi.
Anggota trafik memeriksa cecair disyaki ketum yang dibawa remaja ketika operasi sekatan jalan malam tadi.
A
A
A

KULIM- Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan bersama 14 bungkus cecair dipercayai air ketum ketika operasi sekatan jalan raya di Jalan Sungai Limau, 11.30 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Safuan Md Noor berkata, remaja yang menunggang motosikal jenis Honda Wave yang datang dari arah Lunas menghala ke Kulim itu dilihat cuba berpatah balik dan membuang beberapa bungkusan cecair berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tindakan itu disedari anggota penguat kuasa dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ).

"Siasatan mendapati suspek yang baru menamatkan persekolahan tahun lalu itu membawa bungkusan plastik lut sinar berisi cecair dipercayai air rebusan ketum di dalam raga motosikalnya," katanya.

Menurut Safuan, suspek kemudian dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Melalui operasi sama, lebih 200 kenderaan diperiksa dan 123 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Artikel Berkaitan: