X

Kindly register in order to view this article
!

Doktor tunda kahwin maut dijangkiti Covid-19

Dr Peng Yinhua semasa menerima rawatan di Hospital Jinyintan di Wuhan. - Foto Agensi
A
A

BEIJING - Seorang doktor muda yang mendapat liputan media di China kerana menunda majlis perkahwinannya semata-mata mahu merawat pesakit koronavirus (Covid-19) di Wuhan akhirnya meninggal dunia.

Dr Peng Yinhua dijangkiti virus maut itu ketika bertungkus lumus membantu menangani penyebaran wabak itu di People's No.1 Hospital di daerah Jiangxia.

Doktor berusia 29 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya semalam semasa menerima rawatan di Hospital Jinyintan kira-kira jam 9.50 malam (waktu tempatan).

Lapor media tempatan, Dr Yinhua dipindahkan ke Hospital Jinyintan pada 25 Januari lalu selepas keadaan kesihatannya merosot.

Sementara itu, laporan agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan biro kesihatan tempatan menyebut, Dr Yinhua dijadualkan melangsungkan perkahwinannya pada 1 Februari lalu, tetapi menunda hari bahagianya bagi membantu petugas perubatan di barisan hadapan menghadapi bebanan peningkatan jumlah kes Covid-19 setiap hari.

Tambah Xinhua, Dr Yinhua tidak sempat mengedarkan kad jemputan perkahwinannya dan ia masih tersimpan rapi di dalam lacinya.

Kes kematian pertama membabitkan petugas kesihatan di China dicatatkan pada 7 Februari lalu, membabitkan seorang pakar mata di Wuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor terawal beritahu kewujudan virus bahaya meninggal dunia

Dr Li Wenliang, 34, adalah doktor terawal memberi amaran mengenai ancaman Covid-19, namun pihak berkuasa menuduhnya menyebarkan khabar angin dan diminta mendiamkan diri.

Sehingga kini, Covid-19 meragut nyawa lapan petugas kesihatan dan menjangkiti lebih 1,700 pekerja lain di China.

Setakat semalam, lebih 2,200 orang maut akibat Covid dan lebih 75,000 dijangkiti di republik berkenaan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!