Penunggang motosikal maut rempuh kerbau

Mangsa maut di tempat kejadian selepas melanggar seekor kerbau di Kilometer 4 Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang, malam tadi.
Mangsa maut di tempat kejadian selepas melanggar seekor kerbau di Kilometer 4 Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang, malam tadi.
A
A
A

PASIR SALAK - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor kerbau di Kilometer 4 Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang.

Mangsa, Muhamad Nor Hasrul Azhar, 24, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 8.20 malam tadi selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian.

"Siasatan awal kemalangan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari arah Kampung Gajah ke Kampung Tersusun Sungai Galah.

"Sampai di tempat kejadian, mangsa telah melanggar seekor kerbau yang berada di laluannya" katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat dan punca kematian dikenal pasti akibat kecederaan di bahagian kepala.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: