'Jual air 3 sen ke Singapura tidak adil untuk Malaysia'

Kerajaan Malaysia masih tetap akur menyalurkan subsidi air dengan kadar yang sama sejak sekian lama kepada Singapura.Gambar kecil: Dr Dominic Lau
Kerajaan Malaysia masih tetap akur menyalurkan subsidi air dengan kadar yang sama sejak sekian lama kepada Singapura.Gambar kecil: Dr Dominic Lau
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran untuk mempertimbangkan cadangan semakan semula harga air dengan Singapura kerana harga dikenakan dilihat tidak lagi relevan.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr Dominic Lau berkata, harga 3 sen per 1000 gelen adalah harga paling rendah dan semakan terakhir sepatutnya dilakukan pada tahun 1987 dan 2012 tetapi ditangguhkan kerana kepelbagaian krisis membabitkan Pulau Batu Putih, Jambatan Bengkok dan sebagainya.

Beliau berkata, namun begitu kerajaan Malaysia masih tetap akur menyalurkan subsidi air dengan kadar yang sama sejak sekian lama kepada Singapura, sedangkan subsidi air yang diberikan dalam negara sendiri lebih tinggi berbanding Singapura dengan kadar sebanyak 50 sen setiap 1000 gelen.

Menurutnya, ia tidak adil bagi kerajaan Malaysia.

Selain itu katanya, Johor juga menerima bekalan air terawat dari Singapura namun ia tidak sepatutnya dijadikan alasan Johor hilang hak untuk semak semula harga air.

"Kerajaan perlu guna peluang ini untuk negeri Johor tingkatkan hasil pendapatan dalam negara.

"Singapura telah banyak memperoleh keuntungan sejak tahun 1962 hingga kini, malah keuntungan yang dicapai sangat tinggi dengan perolehan sebanyak RM3.8 bilion pada tahun berakhir 2018.

"Oleh yang demikian, kerajaan perlu tetapkan kadar subsidi yang sepadan dengan ekonomi semasa demi kelangsungan pendapatan dalam negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kesepakatan itu akan membawa lebih banyak peluang pertumbuhan ekonomi dalam dan luar negara.

"Maka dengan itu, kerajaan jangan berlengah lagi kerana negara semakin kebutuhan sumber pendapatan," katanya.