Internet dan masa depan perniagaan dalam talian

A
A
A

KEMUDAHAN internet pantas dewasa ini telah mewujudkan perniagaan dalam talian. Ramai usahawan mula melihat segmen berkenaan sebagai masa depan kepada dunia perniagaan. Buktinya wujud pelbagai jenis platform e-dagang dan perkhidmatan pembayaran yang menyokong segmen perniagaan berkenaan.

Keyakinan orang ramai terhadap perniagaan dalam talian semakin tinggi apabila wujud pelbagai pelan yang menawarkan internet murah dan pantas. Kesungguhan kerajaan mewujudkan fasiliti 5G terbaik menjelang 2021 juga meningkatkan lagi keyakinan orang ramai khususnya usahawan untuk terus berkecimpung dan mengendalikan urusan perniagaan mereka secara dalam talian.

Pengasas Microsoft, Bill Gates pernah berkata, jika perniagaan yang dibuat tidak berada dalam talian ia bermaksud perniagaan tersebut telah berakhir. Kata-kata beliau itu jelas menunjukkan perniagaan dalam talian adalah keutamaan dalam era internet yang serba canggih pada hari ini.

Ia terbukti melalui kewujudan banyak gedung-gedung maya yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan secara dalam talian seperti Lazada, Shopee, Alibaba, Zalora, e-Bay, Amazon.com, GoShop dan sebagainya. Malah, kewujudannya semakin hari semakin gah dan menjadi perhatian ramai pengguna internet terutamanya dalam kalangan mereka yang gemar membeli-belah secara dalam talian.

Di samping nama, gedung-gedung maya yang disebutkan itu turut mencipta jualan menakjubkan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Media melaporkan, pada tahun lalu Alibaba.com merekodkan jualan sebanyak RM158.37 bilion sempena jualan 11.11 manakala Lazada dan Shopee pula mencatatkan jualan 1 juta unit barangan pada sejam pertama.

Biarpun internet hanya sebagai platform kepada kesemua e-dagang berkenaan namun keberadaannya dalam dunia hari ini boleh disifatkan sebagai ejen penting kepada usahawan untuk memacu perniagaan masing-masing.

Tidak hairanlah kalau pusat tekstil Hari-Hari yang sebelum ini menjual pakaian secara konvensional melalui cawangan kedainya turut menyertai perniagaan dalam talian.

Artikel Berkaitan: