B5 Johor Street Market tarikan baharu di Johor

Lawatan pihak media dan wakil industri pelancongan Johor di B5 Johor Street Market di sini semalam.
Lawatan pihak media dan wakil industri pelancongan Johor di B5 Johor Street Market di sini semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pusat pelancongan berkonsep peruncitan pertama di negeri ini iaitu B5 Johor Street Market yang dibuka kepada orang ramai semalam menjadi tarikan pelancongan baharu sejajar dengan Tahun Melawat Johor 2020.

Terletak di tengah pusat bandar, lokasi tersebut bukan sahaja menyediakan ruang perniagaan, aktiviti seni dan kebudayaan tetapi turut mengetengahkan ciri-ciri warisan dan daya tarikan masyarakat di negeri itu.

Dibangunkan Johor Corporation (JCorp) melalui bahagian harta tanah Johor Land Berhad (JLand) dan diuruskan oleh Damansara Assets Sdn hd (DASB), pusat berkenaan menyediakan 219 ruang perniagaan kepada usahawan.

Pengarah Eksekutif DASB, Yusaini Sidek berkata, pihaknya menyasarkan seramai 6 juta pelancong akan mengunjungi B5 Johor Street Market pada tahun pertama pembukaan.

“B5 Johor Street Market merupakan pusat sehenti kepada pelancong bukan sahaja boleh membeli cenderamata tetapi mereka menikmati pelbagai makanan sambil disajikan dengan persembahan," katanya selepas lawatan bersama wakil daripada industri pelancongan Johor di sini semalam.

Katanya, sehingga kini B5 Johor Street Market telah 84 peratus diisi dengan pelbagai peruncit dari penyewa utama yang termasuk D’Market oleh Kapitan Grocer serta pilihan F & B seperti JBorn, Cupchai dan Dum Dum (Thai Tea).

“Pengunjung juga boleh melihat produk-produk kraftangan tempatan seperti Klasik Busana, Lukisan Leman dan aksesori serta produk lain di pusat berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

B5 Johor Street tarikan pelancongan baharu di Johor.
B5 Johor Street tarikan pelancongan baharu di Johor.