Takut dimarahi bapa, remaja buat laporan palsu diculik

Laporan polis yang tular sejak semalam.
Laporan polis yang tular sejak semalam.
A
A
A

TAIPING - Takut dimarahi dan dipukul bapa, seorang remaja perempuan membuat laporan palsu kononnya dia diculik di hadapan sebuah sekolah di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, remaja berusia 13 tahun terbabit membuat laporan mengatakan dia dihampiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki dua lelaki memakai topeng muka ketika berada di kawasan sekolah.

Kedua-dua lelaki berkenaan dilapor mengarahkannya menaiki kenderaan itu dalam keadaan tergesa-gesa dengan alasan ibunya mengalami kemalangan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan lanjut dilakukan mendapati laporan dibuat adalah palsu.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa sebenarnya menaiki kereta bersama sepupunya untuk mengambil wang bantuan RM100.

"Duit itu dikatakan bagi membantu keluarga mangsa yang susah tetapi kerana takut bapanya marah keluar dengan seseorang, remaja itu membuat laporan polis kononnya dia diculik," katanya.

Laporan yang dibuat remaja berkenaan tular di media sosial sejak semalam.

Artikel Berkaitan: